Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

WELCOME TO BLOG

Selamat Datang Di Blog Pencinta Alam

PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Pengenalan
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar   1974 yang menyatakan bahwa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan  isenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:
1.                  Pencemaran udara
2.                  Pencemaran air
3.                  Pencemaran laut
4.                  Pencemaran bunyi
5.                  Pencemaran tanah
6.                  Pencemaran haba
7.                  Pencemaran sungai dan kolam
Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.
Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya
a)                  Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
b)                  Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.


A.   Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api  industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

B.   Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:
a.       Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
b.      Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
c.       Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.
Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan
alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam
sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilangkeupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahilrangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

C.   Pencemaran laut
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.    Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.
b.    Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.
c.    Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
d.   Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

D.    Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.    Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
b.    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini
c.    Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemarantanah.
d.   Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

E.   Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing- masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
a.       Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
b.      Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.
c.       Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.
d.      Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain,bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik.Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.
Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan
patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat dari pada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali.Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula
a.    menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:
Pameran
b.    Kempen-kempen
c.    Pertandingan
d.   Projek Riadah Alam Sekitar 

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran.Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajarmasyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara- cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

Pemuliharaan Alam Sekitar di Sabah

Negeri Sabah yang terletak di bahagaian utara Pulau Borneo, merupakan negeri yang kedua terbesar di seluruh Malayasia dengan keluasan 73,619 km persegi. Ianya bersempadan dengan Negeri Sarawak di sebelah Barat Daya sementara Kalimantan, Indonesia pula di sebelah selatannya. Sabah mempunyai deretan pinggir pantai sepanjang lebih kurang 1440 km dan ianya dikelilingi oleh Lautan China Selatan di sebelah barat laut, Lautun Sulu di Timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatannya. Selain daripada itu Negeri Sabah juga mempunyai lebih daripada 40 buah pulau yang menarik termasuklah Pulau Sipadan yang merupakan satu-satunya pulau lautan dalam di Malaysia.
Kelbagaian habitat yang terdapat di Negeri Sabah ini kaya dengan hidupan liar seperti Orang Utan, Monyet Probokis, Burung Enggang dan penyu laut; begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan menarik dan unik, contohnya Rafflesia, Periuk Kera dan berbagai-bagai jenis orkid liar yang unik.
Oleh kerana Sabah kaya dengan khazanah alam semula jadinya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan banyak kawasan-kawasan lindungan agar habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan dapat dilindungi oleh undang-undang. Antara kawasan-kawasan perlindungan yang besar terdapat di negeri ini ialah Taman Banjaran Crocker, Taman Kinabalu, Kawasan Lindungan Hutan Lembah Danum, kawasan Lindungan Hidupan Liar Tabin, kawasan Pemuliharan, Kawasan Lindungan Hidupan Liar Kulamba dan Taman Bukit-bukau Tawau. Terdapatjuga beberapa kawasan – kawasan lindungan hutan yang kecil yang penting seperti Sepiluk, Gomantong dan hutan Ulu Dusun yang berdekatan dengan Sandakan. Selain daripada itu terdapat beberapa taman-taman pulau yang penting dari segi pelindungan hidupan laut juga telah ditubuhkan. Ini termasukalah Taman Pulau Tiga, Taman Tunku abdul rahman dan Taman Pulau Penyu. 

World Wide Fund / Tabungan Sedunia (WWF) di Sabah
WWF Malaysia telah memeulakan kerja-kerja pemuliharaan di Sabah sebaik saja ianya ditubuhkan pada tahun 1972. Seperti dimana-nama kawasan Malaysia Kerja-kerja awal yang dijalankan oleh Organisasi ini adalah pemeliharaan spesis-spesis binatang dan pemuliharaan habitat alam semulajadinya. Projek pertama yang dijalankan oleh WWF di Sabah adalah Projek Marin yang pertama kali dilaksanakan di seluruh Malaysia. Projek ini melibatkan penyelidikan terumbu karang. WWF telah membantu Taman-taman Negara (yang sekarang dikenali sebagai Taman-Taman Sabah)untuk membuat kajian di Pulau Gaya yang berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu. Pada masa sekarang pulau ini merupakan sebahagian daripada Taman Tunku Abdul Rahman yang telah ditubuhkan pad tahun 1974.
In telah membawa kepada beberapa projek kajian dan ekspedisi yang telah diusahakan bersama oleh kedua-dua organisasi di kawasan seperti Semenanjung Klias, Lembah Danum, pulau Balambangan dan Kepulauan Semporna. Pada tahun 1979, WWF Malaysia telah memberi bantuan kepada Cawangan Mergastua di Jabatan Perhutanan dalam mengendalikan kajian faunal Sabah selama dua tahun untuk mengumpul maklumat yang diperlukan bagi perlaksanaan rancangan pemuliharaan hidupan liar di negeri ini. Ia kemudianya disusuli dengan projek kajian mengenai spesis buaya, badak sumbu, Orang Utan dan burung-burung air yang terdapat di Sabah. Tinjauan keatas spesis Orang Utan misalnya melibatkan proses penganggaran populasi dengan cara menghitung sarang-sarang spesis ini daripada udara.
Projek-projek ini bukan sahaja untuk memyelidiki biologi haiwan-haiwan ini tetapi juga untuk mengenalpasti ancaman-ancaman yang dihadapi oleh mereka agar langkah-langkah pencengahan dapat diambil. Melalui pelbagai kajian yang dibuat dengan usahasama Cawangan Mergastua, beberapa kawasan lindungan telah dikenalpasti sebagai kawasan utama hidupan liar di Sabah. Kawasan-kawasan tersebut ialah Kawasan lindungan Tabin, Kulamba dan Kinabatangan. Sebagai tambahan, cadangan-cadangan juga telah dibuat agar Negeri ini dapat memanafaatkan usaha-usaha pemuliharaan dari segi pelancungan dan pendidikan.
Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada kajian untuk mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.
Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan lindungan dan membuat rumusan rancangan pengurusan untuk mereka. Kajian-kajian tambahan telah dijalankan di Kulamba dan Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin. Sebagai contohnya, kajian dari udara dibantu oleh penerbangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) menilai kesan daripada kebakaran di Kawasan Simpanan Hidupan Liar.
Pada tahun 1988, Yayasan Sabah telah berkerjasama dengan WWF Malaysia untuk mengatur satu kajian ekspedisi saintifik di kawasan yang belum pernah diterokai, yang mana terletak ditengah-tengah Negeri Sabah. Pihak TUDM telah menerbangkan lebih daripada 40 ahli saintis dan beberapa kakitangan yang lain ke kwasan-kawasan yang jauh terpencil dengan helikopter. Bermula dari sekitar tahun 1980, usaha untuk memperdalamkan kajian bagi perkembangan kawasan pemuliharaan di Sabah yang lebih menitikberatkan aspek rancangan pengunaan tanah dan pembangunan polisi pengurusan. 

Strategik Pemuliharaan Sabah
Pada tahun 1990, Kementerian Pelancungan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Dokumen ini kemudiannya telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan telah diterima secara prinsip pada tahun 1992.
Memfokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990an strategik ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.
Pengarah Projek WWF Malaysia (Sabah) Dr. Junaidi Payne berkata " Pemuliharaan dan Pembangunan adalah saling bergantung antara satu dengan lain". " Untuk menyokong keperluan janka panjang semua sektor di Negeri ini, Strategik Pemuliharaan untuk negeri Sabah perlu berlandaskan kepada peruntukkan yang teliti daripada kedua-dua sumber utama alam semulajadi; iaitu tanah dan hutan.
Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar pelancungan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Pesekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunan tanah tanpa mengganggu habitat semulajadinya. Kawasan- kawasan habitat semulajadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenalpasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan / simpanan.
"Seara lansung dan tidak lansung pihak kami masih meneruskan khidmat bantuan kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi dalam mengenalpasti dan mengemukakan isu-isu asas pemuliharaan" seperti yang telah dikatakan oleh Dr. Payne. " Kami berharap dengan cara ini, kami boleh memainkan peranan sebagai pemangkin dalam membantu Negeri ini untuk memenuhi keperluan pembangunan dan Pemuliharaan".
Daripada Prespektif WWF Malaysia, projek ini merupakan kesinambungan daripada strategik Pemuliharaan yang telah diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia.
Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan negara.
Spesis Kucing Liar dan Musang boleh menyumbang kepada keseimbangan ekologi system di negeri Sabah. Matlamat WWF Malaysia untuk meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan di Sabah dalam aspek pemuliharaan masih dijalankan, namun begitu usaha-usaha ini semakin bertambah dengan adanya aspek gabungan pengurusan dan sosio – ekonomi. Sebagai contohnya WWF telah menyalurkan bantuan kewangan untuk membina Kabin Penyelidikan khas bagi para-para penyelidik di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin di sebelah Timur Sabah. Kawasan Simpanan ini diusahakan bersama dengan Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimana mereka telah menyediakan plan pengurusan untuk kawasan simpanan ini dan menjadikan kawasan ini sebagai tapak penyelidikan untuk jangka panjang. Pembinaan Kabin tersebut sedikit sebanyak telah menyokong kepada usaha-usaha JHL dalam mempromosikan penyelidikan hidupan liar untuk jangka panjang dan pengurusan di Kawasan Tabin ini sebagai sebuah kawasan penting bagi tujuan pelindungan hutan dan pemuliharaan ekologi kepelbagaian di Sabah. Sebuah Projek yang telah dijalankan dari tahun 1993 sehingga 1996 pada kawasan dalam dan persekeliling hutan Simpanan ini adalah untuk menjalankan penyelidikan tentang ekologi spesis Musang dan Kucing Liar dan kepenerapanya (kepentingan) kepada pengurusan hutan.
"Binatang daratan jenis Karnivor di kawasan Borneo tidak begitu diketahui umum" kata Pegawai Saintifik Senior WWF Rajanathan Rajaratuam. "Spesis ini juga merupakan sebahagaian daripada biologi kepelbagaian alam semulajadi di Hutan Tropika dan selalunya mempunyai keperluan yang unik. Kekurangan informasi asas tentang ekologi dan habitat jenis spesis ini telah menghalang penghasilan polisi pengurusan yang lebih berkesan mengenai pemuliharaan dan habitat di kawasan tersebut.
"Pengertian tentang struktur dan dinamik spesis Kanivor ini didalam hutan amat perlu bagi pengurusan / penjagaan kawasan simpanan ini. Kajian ini juga dibuat untuk menyelidiki pengaruh pengunaan tanah seperti aktiviti pembalakan dan pertanian yang dijalankan serentak, terhadap ekologi spesis ini dan menilai kesan atau pengaruh daripada modifikasi habitat.
Terdapat beberapa jenis spesis Kanivor Hutan Tropika yang mempunyai kesamaan dengan spesis kucing liar yang berpotensi untuk menyebarkan benih-benih dikawasan ini. Justeru itu spesis-spesis seperti ini memainkan peranan yang penting dalam membantu pertumbuhan semula hutan selepas daripada sebarang gangguan. Kajian ini memperolehi bukti bahawa kawasan hutan ini menjadi tempat pelindungan dan pembiakan bagi pelbagai jenis haiwan pemangsa yang memakan spesis tikus perosak di kawasan penanaman kelapa sawit
Hasil daripada kajian tersebut telah mencabar dakwaan ide traditional yang mengatakan kawasan hutan merupakan sarang bagi haiwan-haiwan perosak dikawasan penanaman yang berdekatan. Projek ini juga telah memberi latihan kepada kakitangan JHR dan pelatih-pelatih Pegawai Saintifik WWF (Sabah) dalam menjalankan penyelidikan hidupan liar dan teknik-teknik pengurusan" tambah En. Rajan. En. Lim Shek Ping , salah seorang pelatih Pegawai Saintifik yang pada awalnya diambil bekerja di kawasan Perlindungan Tabin bagi menjalankan penyelidikan hidupan liar di kawasan tersebut, tetapi kemudiannya telah dihantar menjalankan kajian hidupan liar di Sungai Bakay di Semenanjung Klias, di kawasan Barat Sabah. Beliau juga menjalankan kajian mengenai diet kumpulan Orang Utan dikawasan Kinbatangan

Kursus Pendidikan dan saintifik
WWF Malaysia memandang pendidikan sebagai kunci kepada asas pemuliharaan jangka panjang. WWF Malaysia telah membantu Yayasan Sabah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Skim Kelab Alam Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan pada tahun 1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali di Malaysia dengan keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang aktif di sekolah-sekolah. Pada pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan kepentingan pendidikan dalam pemuliharaan, satu lagi projek yang giat dijalankan sekarang ialah Projek Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini WWF Malaysia bertindak sebagai pakar perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi menyusun Plan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung, Bandar K.K.(KK City Bird Sanctuary/ KKCB) (24ha) dan Lagun Likas (Likas Lagoon) (26 ha).Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi dua habitat ini daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan untuk mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujudkan sebuah kawasan perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang sistematik (kawasan ini terletak lebih kurang 4km daripada bandar KK). Adalah menjadi harapan untuk memberi perlindungan yang sama kepada tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka kepada perubahan di Sabah seperti pada kawasan Dataran Banjir di Kinabatangan.
Daripada kajian yang baru dijalankan, 80 jenis spesis burung telah dihantar ke kawasan perlindungan burung di "KK City Bird Sanctuary" dan "Likas Lagoon." Kawasan Paya bakau ini menyediakan kawasan pembiakan utama bagi burung-burun Pucung Malam, ianya juga dapat menampung hidupan akua yang berbeza-beza. Alam persekitaran lagun menyediakan sumber dan tempat perlindungan yang sesuai bagi pelbagai spesis burung. Ada jenis spesis-spesis burung yang boleh didapati dalam kumpulan yang besar, seperti "moorhens", namun begitu terdapt juga jenis spesis yang jarang-jarang dijumpai seperti Burung Puyung Unggu dan sekali-sekala kawasan ini dilawati oleh kumpulan itik –itik yang berhijrah.
Fokus utama KKCB adalah pembinaan Pusat Pendidikan Alam Sekitar yang akan dihubungkan dengan litar titian dan kawasan terlindung bagi pengkaji burung. Daripada titian yang dibina itu para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat keunikan habitat paya dan hidupan liarnya.
Oleh kerana saiznya (26ha) dan rupa bentukbuminya, yang berbentuk linear . Pembangunan yang dijalankan pada "Likas Lagoon" hanya terhad kepada pembinaan dua kawasan terlindung untuk pengkaji burung dan disebelahnya dibina medan letak kereta.
Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan dikedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.
Apabila Pusat Pendidikan Alam Persekitaran ini berjaya ditubuhkan, pihak KKCB disarankan untuk memulakan pendidikan, pelancongan dan program penyelidikan sebagai antara kemudahan yang disediakan. Program-program ini juga akan diperkembangkan dan diperbaiki /baikpulih oleh kakitangan di kawasan Perlindungan dari semasa ke semasa.

Plan Polar Perlancungan Negara
Plan Polar Perlancungan Negara disediakan untuk Kementerian Kebudayaan & Pelancungan (KKP)oleh WWF Malaysia. Matlamat utamanya adalah untuk membantu pihak kerajaan Malaysia pada peringkat Negara dan Negeri dalam memperkembangkan Ekologi Pelancungan yang berpotensi di Malaysia, dan pada masa yang sama menggunakannya sebagai alat yang efektif dalam pemuliharaan khazanah alam semulajadi dan kebudayaan negara. KKP dan WWF Malaysia telah berkerjsama untuk mengekstrak garis panduan pelancungan daripada plan ini untuk menghasilkan risalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk diedarkan secara meluas.
Kawasan bawah Kinabatangan di Timur Negeri Sabah telah dikenalpasti sebagai kunci kepada ekologi pelancungan dalam plan ini. Dataran banjir Sungai yang berbentuk seperti tasik-tasik ladam telah menjadi rumah kepada pelbagai jenis spesis binatang seperti Monyet Probokis, Oranhg Utan, Burung Enggang juga jenis spesis yang jarang ditemui seperti "Oriental Darter".

Projek Ekologi Kepelbagaian Pemuliharaan Sabah
Projek Ekologi Kepelbagaian Pemuliharaan Sabah ini dijalankan untuk membantu pemuliharaan tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan habitatnya dalam tindakbalasnya terhadap perubahan pesat dalam penggunaan tanah di Sabah.WWF menyediakan bantuan teknikal kepada pihak yang berkuasa dalam mengenalpasti kawasan lindungan yang berpotensi. WWF pada masa ini juga membantu dalam aktiviti lain seperti kajian botani, pendidikan alam sekitar terutama sekali dikawasan bawah Kinabatangan.

Program Pendidikan Dan Pembangunan Luar Bandar Sabah
Program Pendidikan dan Pembangunan Luar Bandar Sabah telah ditubuhkan oleh WWF Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Persekitaran untuk membantu pelbagai agensi yang terlibat dengan pendidikan, agen sumber-sumber semulajadi dan pembangunan masyarakat luar bandar. Semasa program ini dilaksanakan, yakni dari tahun 1993 hingga 1996, WWF Malaysia telah terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti pendidikan Alam Pesekitaran di sekolah-sekolah, meningkatkan sumber-sumber pendidikan dan menjalankan forum-forum dengan masyarakat tempatan.
Hasil daripada program ini terhasilah sebuah buku berjudul "The Kinabatangan Floodplain – An Introduction" ( Dataran Banjir Kinabatangan – Pengenalan) yang mana merupakan panduan informasi mengenai Sejarah alam Pesekitaran, tarikan alam semulajadi dan kebudayaan di Dataran Banjir Kinabatangan, termasuklah petua tentang perjalanan melalui habitat semulajadi yang sensitif ke kawasan ini.

Guru Tulis